Bas dari KLIA terbalik, 20 penumpang selamat - Utusan Malaysia

Bas dari KLIA terbalik, 20 penumpang selamat

SEBUAH bas ekspres dari KLIA menuju ke Batu Pahat, Johor terbalik di Kilometer 193.2 PLUS arah Selatan berhampiran Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebuah bas ekspres yang membawa 20 penumpang terbalik dalam nahas di Kilometer 193.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Alor Gajah di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kesemua penumpang dan seorang pemandu bas berusia 29 tahun bagaimanapun dilaporkan selamat.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan ll Mohd. Iswandy Aripin berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.38 pagi.

Katanya, sepasukan 21 anggota dari BBP Ayer Keroh serta dibantu BBP Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kita dapati kesemua penumpang telah keluar menyelamatkan diri.

“Bas tersebut membawa seramai empat penumpang wanita dan 17 lelaki termasuk seorang pemandu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Batu Pahat, Johor.

“Bas itu bagaimanapun terbabas di bahu jalan dalam keadaan terbalik di bahagian sisi kirinya.

“Setelah memastikan semua mangsa dan keadaan selamat, jentera serta anggota bertolak semula balik ke balai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya