[BAJET 2023] Sabah, Sarawak masing-masing dapat RM6.3 bilion, RM5.4 bilion - Utusan Malaysia

[BAJET 2023] Sabah, Sarawak masing-masing dapat RM6.3 bilion, RM5.4 bilion

SABAH dan Sarawak meneriam peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.3 bilion dan RM5.4 bilion. bagi melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah dan Sarawak akan terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan negara iaitu masing-masing menerima sebanyak RM6.3 bilion dan RM5.4 bilion. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu antaranya untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan.

Katanya, lima Wilayah Koridor utama negara pula akan menerima peruntukan keseluruhan RM1.4 bilion iaitu meningkat dua kali ganda berbanding RM690 juta pada tahun ini. 

“Tahun hadapan, program utama yang dilaksanakan termasuklah Projek Ladang Tenusu di Chuping, Perlis dengan kos RM80 juta ringgit, Program Pembangunan Modal Insan di bawah ECERDC antaranya bagi meningkatkan prestasi akademik anak-anak B40 dengan peruntukan RM63 juta.

“Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di Johor dengan peruntukan RM80 juta, Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay di Sabah dengan peruntukan RM250 juta ringgit dan Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju Fasa 3 di Sarawak dengan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi koridor, pakej galakan cukai sedia ada yang akan tamat pada tahun ini akan ditambah baik dan dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN