BAJET 2023 RM55 billion untuk tampung subsidi, bantuan , insentif

[BAJET 2023] RM55 billion untuk tampung subsidi, bantuan dan insentif

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini. UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan mengumumkan peruntukkan RM200 juta bagi menampung kos pengangkutan dan edaran barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel untuk penduduk luar bandar.

Selain itu, beliau mengumumkan peruntukkan RM305 juta iaitu pembiayaan untuk peniaga belia.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan ‘Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia’ di Parlimen hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN