KUALA LUMPUR: Bajet 2023 akan memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion bagi tahun 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan itu merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan Bajet 2022 iaitu RM332 bilion dan Bajet 2021 iaitu RM322 bilion.
“Dicadangkan bajet ini menyediakan sebanyak RM272.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
“Selebihnya, RM5 bilion disediakan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 manakala RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka,” katanya.-UTUSAN