[BAJET 2023] RM2,500 bantuan tertinggi BKM

[BAJET 2023] RM2,500 bantuan untuk isi rumah lima orang anak

TENGKU Zafrul Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen hari ini. - FOTO/JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memberikan bantuan one-off tertinggi sebanyak RM2,500 untuk isi rumah yang mempunyai lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan berkenaan merupakan kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.

Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.

“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN