[BAJET 2023] RM15 b bagi Rancangan Tebatan Banjir

[BAJET 2023] RM15 b bagi Rancangan Tebatan Banjir

KERAJAAN menyediakan RM 15 bilion bagi Rancangan Tebatan Banjir dalam Bajet 2023- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hingga tahun 2030 melalui Bajet 2023. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukkan itu sebagai strategi jangka panjang untuk beradaptasi dengan perubahan iklim di seluruh negara.

Menurut beliau, RM562 juta juga diperuntukkan bagi Projek Empangan Sabo di 46 lokasi seluruh negara bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur.

Jelas beliau, kerajaan turut bercadang memperuntukkan RM400 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) supaya bersiap siaga membantu dengan segera jika berlaku banjir pada hujung tahun ini.

“RM500 juta bagi projek fasa tambahan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Golok, Kelantan dan RM2 bilion bagi pembinaan Kolam Takungan Dwifungsi, sebagai strategi mengatasi masalah banjir dan pusat penyimpanan bekalan air mentah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat Petang ini.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN