PETALING JAYA: Untuk meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera, kerajaan mengumumkan jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000.
Selain itu, Bank Simpanan Nasional juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100 juta.
“Bagi menghargai sumbangan suri rumah, kerajaan berhasrat untuk melanjutkan program Kasih Suri Keluarga Malaysia untuk tahun 2023 dan memperkasa program ini melalui perlindungan tambahan di bawah Skim Perkeso.
“Suri rumah yang membuat caruman KWSP minimum RM60 setahun akan mendapat insentif padanan tambahan kerajaan bernilai sehingga RM600 setahun merangkumi RM480 simpanan KWSP serta RM120 caruman Skim PERKESO. Program ini bakal memanfaat 200,000 suri rumah dengan sumbangan kerajaan lebih RM120 juta,” katanya. – UTUSAN










