Bajet 2023 bersifat responsif, bertanggungjawab dan reformis

Bajet 2023 bersifat responsif, bertanggungjawab dan reformis – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 akan dipandu dengan 3R iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bajet kali ini perlu segera responsif kepada sebarang cabaran dan menyediakan bantuan yang komprehensif.

“Bukan sekadar B40 dan M40 tetapi juga golongan wanita, belia, orang kurang upaya (OKU) dan semua segmen masyarakat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.

Katanya, Bajet 2023 juga perlu bertanggungjawab mengimbangi dasar fiskal yang mengembang dengan melaksanakan pembaharuan fiskal ke arah kemampanan kewangan kerajaan dalam jangka panjang.

“Bajet ini juga bertanggungjawab membina daya tahan negara bagi mendepani sebarang krisis yang mendatang,” katanya.

Pada masa sama, katanya, bajet kali ini perlu bersifat reformis dalam mengubah landskap pembangunan negara agar lebih inklusif dan mampan di samping membina industri negara kukuh melalui pelaburan strategi.

“Lebih 100 inisiatif rakyat akan direalisasi sebagai sebahagian usaha holistik yang terkandung dalam naskah besar ini.

“Dengan tekad dan agenda, Bajet 2023 akan pastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi, kecekapan perkhidmatan kerajaan. Keutamaan bajet akan tertumpu kepada kebajikan rakyat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN