Azal masih trauma, lebih banyak menyendiri - Zarina Zainuddin

Azal masih trauma, lebih banyak menyendiri – Zarina Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Zainuddin, 51, memaklumkan anaknya, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan atau Azal masih trauma selepas menemui sebuah laman sesawang yang memuatkan tulisan berbaur fitnah dan cercaan terhadap dirinya.

Zarina ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, perkara tersebut telah membuatkan perilaku Azal berubah dan kerap mengasingkan diri.

“Dia sampai sekarang moody dan tidak ceria seperti selalu. Dia lebih banyak menyendiri, malah suka berkurung dalam bilik dan tidak mahu diganggu.

“Perkara itu benar-benar mengganggu emosinya. Saya menangis selama dua hari apabila mendapat tahu kewujudan laman Wikipedia tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memuat naik satu hantaran di laman Instagram berkenaan sebuah laman Wikipedia yang memuat naik tulisan berbaur cercaan dan fitnah terhadap anaknya.

Laman tersebut antara lain menyebut anak Zarina sebagai gila, psiko dan tidak bersekolah.

Bagaimanapun kata Zarina, pelaku tersebut telah bertindak memadam fitnah yang dilemparkan sebaik sahaja dia menyebarkan perkara itu di Instagram.

Sementara itu, Zarina memberitahu, dia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap individu terbabit.

Katanya, dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT untuk membalas apa sahaja kejahatan yang dilakukan terhadap dia dan keluarganya.

“Mungkin semua ini didalangi budak-budak yang cetek akalnya. Saya rasa tidak perlu saya ambil tindakan. Kalau pelaku rasa apa yang dibuatnya itu betul, teruskanlah.

“Tetapi ingat, segala tindakan kita akan dibalas. Kalau kita buat jahat dekat orang lain, Allah akan balas semula.

“Saya harap netizen berwaspadalah ketika menulis atau berkata-kata di media sosial. Jangan ikut sedap hati. Kita manusia, sentiasa buat silap,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zarina juga meluahkan kerisauannya terhadap kebebasan bersuara yang disalah guna golongan kurang matang dengan tujuan menyakiti perasaan orang lain.

“Zaman sekarang, budak-budak terlalu berani. Mereka mahir guna Internet tetapi tidak menilai baik dan buruk tindakan mereka.

“Mereka tidak rasa apa yang orang lain rasa apabila disakiti. Tetapi ingatlah, satu hari nanti, mereka akan ada keluarga, isteri atau suami dan anak-anak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya