APM Pulau Pinang siap sedia hadapi monsun Timur Laut

APM Pulau Pinang siap sedia hadapi monsun Timur Laut

ISHAK MOHD. RADZI (dua, kanan) meninjau persiapan APM Pulau Pinang di Pejabat APM, Georgetown, hari ini bagi menghadapi musim monsun Timur Laut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seramai 74 pegawai dan 429 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada musim monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan.

Pengarah APM Pulau Pinang, Kolonel (PA) Ishak Mohd. Radzi berkata, kesemua tujuh Pusat Kawalan Operasi Daerah dan satu Pusat Kawalan Operasi Negeri juga diaktifkan kepada mod bersedia bermula 24 September lalu untuk bertindak balas sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan dAn bencana di negeri ini.

“Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh agensi yang berkaitan, monsun Timur Laut pada tahun ini akan bermula pada November ini dan berakhir pada Mac 2023.

“Bagi APM Pulau Pinang, kita sentiasa dalam keadaan mod bersedia dari segi aset dan anggota untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana ketika musim monsun Timur Laut nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat APM negeri, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi melancarkan tugas-tugas operasi yang berkaitan sebanyak 11 buah Light Rescue Vehicle (LVR); 15 buah Medical Rescue Vehicle (MRV); 10 buah Heavy Rescue Vehical (HRV) dan yang terkini sebuah Medical Rescue Vehicle (MRV) 4×4 berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan bagi tugas-tugas operasi menyelamat.

”Kesemua aset ini adalah aset darat yang digunakan bagi tujuan menyelamat dan bantuan kepada mangsa dari kawasan bencana serta tugas-tugas memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan sementara yang dibuka. 

”Untuk aset menyelamat di air pula, sejumlah 39 unit bot fiber, 15 unit inflatable boat, 11 unit aluminium bot dan dua unit ‘amphibia’ menjadikan keseluruhan aset menyelamat di air berjumlah 67 unit yang mampu digerakkan ke kawasan-kawasan bencana yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya, APM Pulau Pinang juga telah berjaya melaksanakan pengagihan sejumlah 4700 unit Cubical Tent (C-Tent) sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada jabatan-jabatan memerlukan.

“Kita yakin penyediaan pusat-pusat pemindahan sementara sekiranya keadaan memerlukan akan lebih pantas dan memberi keselesaan kepada mangsa dengan adanya C-Tent ini,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, setakat bulan lalu, sebanyak 33 pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) berjaya ditubuhkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,155 orang telah diberi latihan asas berkenaan dengan bantuan awal sekiranya berlaku bencana atau kecemasan.

”Pasukan CDERT ini terdiri daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi politik negeri ini dan APM mengharapan pasukan menjadi kumpulan terawal bertindak dalam situasi memerlukan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN