Anuar Faizal X Faizal Yunus hasil rekaan kontemporari - Utusan Malaysia

Anuar Faizal X Faizal Yunus hasil rekaan kontemporari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mencipta sejarah, pereka fesyen terkemuka, Anuar Faizal buat julung kalinya berkolaborasi dengan Pemenang Malaysia Emerging Artist Awards (MEA) 2019, Faizal Yunus bagi  menghasilkan 45 rekaan hebat.

Menginspirasikan karya seni pelukis tersebut, Anuar berkata, ini kali pertama dia mencabar diri
menghasilkan rekaan yang menggunakan warna-warna di luar zon selesa serta rekaan yang
lebih kontemporari serta menarik.

“Jika sebelum ini saya lebih selesa menggunakan warna emas atau hitam dalam rekaan tetapi
kali ini, mengambil inspirasi hasil seni Faizal Yunus, saya meneghasilkan busana yang menggunakan
warna-warna berdasarkan karya pelukis hebat itu.

“Saya mengambil masa selama dua bulan dan kos penghasilan 45 busana pula sekitar RM20,000. Menariknya, ini kali pertama CIMB Fashion Week diadakan bersempena CIMB ARTOBER yang memasuki edisi ketiga tahun ini,” katanya.

Tidak hanya itu, mencipta kelainan, model-model yang memperagakan busana juga terdiri
daripada ‘orang biasa’ yang kebanyakannya tidak pernah berjalan di atas pentas peragaan.

“Model adalah dari mydigitalfashionweek yang terdiri dari “orang biasa” (all shapes, sizes, ages, race) dan telah dilatih secara intensif selama 5 minggu untuk persediaan minggu Fesyen.

“Latihan intensif anjuran bersama mydigitalfashionweek (MIDFW) dan Global Empowerment Hub (GEH),” katanya.

CIMB ARTOBER Fashion Week 2022 ini keseluruhannya menampilkan tujuh pereka fesyen tempatan serta tiga pereka fesyen serantau dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Ia melibatkan seramai 70 orang peragawati daripada dalam dan luar negara.

Tidak cuma itu, setiap pereka fesyen ini telah bekerjasama dengan artis seni visual serta kontemporari yang melibatkan 10 galeri terkemuka di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN