Anak bekas Menteri Hal Ehwal Agama meninggal dunia

Anak bekas Menteri Hal Ehwal Agama meninggal dunia

ZULKFILI Mohamad Al-Bakri memaklumkan pemergian anaknya menerusi akaun media sosialnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pagi ini.

Zulkifli menerusi akaun media sosial memaklumkan, anaknya, Hammad , 22, meninggal dunia di sisinya pada pukul 5.22 pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lima beradik menderita sakit kanser sejak dua tahun lalu.

“Dengan penuh reda dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda, Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” katanya.

Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memaklumkan, solat jenazah Allahyarham anaknya itu diadakan pagi ini pada di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM di Nilai. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya