Ambil tindakan mahkamah selamatkan Stadium Shah Alam

Ambil tindakan mahkamah selamatkan Stadium Shah Alam

SALAMON Selamat (depan, empat dari kanan) bersama beberapa orang ahli jawatankuasa itu berhimpun di luar SSAAS, Shah Alam, Selangor, hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM :  Satu tindakan mahkamah telah diambil ke atas Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelamatkan Stadium Shah Alam daripada diroboh bagi membina stadium yang baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Selamatkan Stadium Shah Alam, Datuk Salamon Selamat berkata, pihaknya telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi membolehkan perkara tersebut dapat dilakukan.

“Melalui proses semakan kehakiman, kami memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan kerajaan negeri meneruskan cadangan merobohkan stadium Shah Alam dan Stadium Melawati bagi membolehkan pembinaan stadium baharu dan pembanginan di kawasan sekelilingnya adalah bertentangan dengan garis panduan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“Kerajaan negeri melalui syarikat pemaju Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) sepatutnya terlebih dahulu menghantar cadangan perancangan pembangunan semula kompleks Stadium Shah Alam kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Seksyen 18,19,20,21 dan 22 Akta 122″,” katanya di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam (SSAAS) di sini, hari ini.

Utusan Malaysia pada bulan lalu melaporkan bahawa kerajaan negeri akan merobohkan dua stadium tersebut bagi membina Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang mana, stadium Shah Alam baharu akan dibina.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut dibuat kerana kerja-kerja penyelenggaran stadium Shah Alam ketika ini menelan jutaan ringgit, justeru merasakan pembinaan stadium baharu dapat menjimatkan kantung kerajaan untuk jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Salamon mendesak kerajaan negeri memberikan butiran terperinci kos pembinaan stadium terbabit kerana mendakwa majoriti rakyat Selangor ingin mengetahui perkara itu.

Pada masa sama, jawatankuasa yang ditubuhnya itu ingin mengetahui berapa jumlah kos merobohkan Stadium Shah Alam serta Stadium Melawati.

“Kerajaan negeri perlu telus berhubung semua proses pembinaan KSSA, dengan memaklumkan semua hal ini kepada seluruh rakyat Selangor.

“Kami akan teruskan perjuangan untuk selamatkan Stadium Shah Alam, yang menjadi salah satu bangunan ikon di negara ini,” tegasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya