PETALING JAYA: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) menyokong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam kajian klinikal yang sedang berlangsung atas individu yang pernah dijangkiti Covid-19 dan perkembangan simptom jangka panjang atau Covid Berpanjangan.
Kajian selama 31 bulan tersebut telah diketuai oleh Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman dari PPUM, menumpukan kepada penilaian sindrom akut-pasca Covid-19 (PACS) pada pesakit Covid dan akan berakhir pada Disember 2024.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, Covid Berpanjangan biasanya berlaku pada individu selepas tiga bulan dijangkiti Covid-19, dengan simptom, dan boleh berlarutan sehingga dua bulan.
Simptom umum untuk Covid berpanjangan termasuk sesak nafas, kepenatan, dan disfungsi kognitif, termasuk masalah berkaitan tumpuan dan memori, serta kabut otak.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang percaya akan kepentingan untuk menyokong kajian ini, kerana hasilnya boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.
“Inisiatif tanggungjawab korporat Allianz Malaysia sentiasa berteraskan projek yang boleh dimanfaatkan dan bermakna untuk komuniti kami, dan mempunyai impak yang lestari.
“Komitmen kami dalam menyokong UMMC dan Kajian Prof. Dr. Adeeba adalah penekananterhadap kepercayaan dan keyakinan kami terhadap kemampuan kajian universiti tersebut.
“Kami yakin kajian ini akan memainkan peranan yang penting dalam menguatkan pemahaman terhadap keperluan penjagaan klinikal jangka panjang untuk bekas pesakit Covid-19 dan yang
lebih penting, kesan Covid Berpanjangan dan kesan sosioekonomi dan kesihatan yang ketara, terutamanya kepada komuniti berpendapatan rendah di Malaysia.“
Sementara itu Dr. Adeeba berkata, PPUM sangat berbesar hati untuk menerima inisiatif dan sokongan Allianz Malaysia, yang akan menyumbang secara positif kepada kajian Covid Berpanjangan di Malaysia.
Katanya, ini selari dengan visi untuk menubuhkan PPUM sebagai hospital mengajar yang terbaik dengan reputasi antarabangsa yang komited dengan kajian klinikal, sokongan ini akan membantu kami dalam menjalankan kajian klinikal yang berkualiti di seluruh hospital kami.
“Dari kajian ini, dunia akan memahami kerapuhannya hanya akan dapat ditangani dengan kebergantungan dan kerjasama antara satu dengan yang lain.
“Pengurusan PPUM sangat berterima kasih kepada Allianz Malaysia atas sokongannya. Pasukan pengkaji pelbagai disiplin PPUM yang termasuk penyakit berjangkit, respiratori, rehabilitasi, geriatric, penjagaan utama dan doktor kesihatan awam berharap dalam merapatkan jurang pengetahuan tentang Covid Berpanjangan – terutamanya bagaimana ia memberi kesan kepada pesakit di Malaysia,” kata Dr. Adeeba.
Covid-19 telah ditemukan di Wuhan, China pada Disember 2019, dan telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh WHO pada 11 Mac 2020. Berdasarkan statistik WHO, sehingga 26 September
2022, lebih daripada empat juta kes positif COVID-19 dilaporkan, dan lebih 36 ribu kematian di Malaysia. – UTUSAN









