Aliff Syukri tiba di mahkamah untuk didakwa

Aliff Syukri tiba di mahkamah untuk didakwa

ALIFF Syukri Kamarzaman tiba di Mahkamah Sepang untuk pendakwaan kes memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tiba di Mahkamah Sepang di sini, pukul 8.30 pagi tadi bagi pendakwaan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Beliau tiba di kompleks mahkamah dengan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz sebelum disambut peguamnya.

Sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, Aliff Syukri akan berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.

Sebelum ini, Aliff Syukri dipanggil memberi keterangan di SKMM, Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.