KUALA LUMPUR: Pengalaman dimasukkan ke zon merah pada Ogos lalu menyedarkan pelakon, Ako Mustapha supaya tidak lagi mengabaikan penjagaan kesihatan, selain patuh kepada nasihat doktor. Ako memaklumkan, keadaan kesihatannya berisiko menjadi semakin buruk sekiranya mengabaikan nasihat doktor yang menyarankan supaya mengambil suntikan insulin setiap hari. “Hasil pemeriksaan ketika dimasukkan ke hospital tempoh hari, doktor mendapati penghasilan insulin dalam badan saya jatuh ke tahap sangat membimbangkan. “Sekarang saya perlu menyuntik insulin,…










