Ahmad Zahid bertemu semua 40 ADUN BN Johor, semalam

Ahmad Zahid bertemu semua 40 ADUN BN Johor, semalam

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan UMNO Johor dan 40 ADUN BN negeri itu di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini, semalam.

Pertemuan tersebut diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga merupakan ADUN Machap.

Turut menghadiri pertemuan berkenaan adalah Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Terdahulu, kenderaan yang dinaiki Ahmad Zahid dilihat memasuki pekarangan kediaman berkenaan pada pukul 8.14 malam.

Agenda utama pertemuan berkenaan dipercayai adalah sebagai sebahagian persiapan jentera BN Johor untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, BN Johor berjaya memperoleh 40 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 56 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu.

Sementara itu, dalam PRU14, BN Johor hanya memperoleh lapan kerusi Parlimen daripada kesemua 26 kerusi yang dipertandingkan di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.