Ahmad Razif yakin UMNO dapat rampas semula Terengganu

Ahmad Razif yakin UMNO dapat rampas semula Terengganu

AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menaruh keyakinan UMNO dapat merampas semula negeri ini daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Razif berkata, UMNO Terengganu mampu melakukan kejutan tersebut setelah UMNO didapati  kembali mendapat sokongan pengundi  di negeri ini.

Menurutnya, walaupun UMNO bakal bertanding secara solo di negeri ini, namun  masih mempunyai peluang untuk menawan semula negeri ini.

“Saya nampak UMNO sekarang sudah ada kekuatannya. Apatah lagi kalau ditengok di peringkat Pusat, UMNO sendiri telah mempunyai kekuatan yang tersendiri.

“Saya yakin dan percaya walaupun bertanding solo sekalipun, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan dapat rampas semula negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Takir di sini, hari ini.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata,  beliau juga percaya UMNO mampu mengulangi kembali sejarah berjaya merampas semula negeri ini daripada tangan Pas pada PRU tahun 2004 lalu.

“Kita yakin UMNO akan dapat ulang balik sejarah (rampas Terengganu daripada Pas),” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Razif memberitahu, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan kedudukannya sama ada kekal bertanding di DUN Seberang Takir atau sebaliknya pada PRU15 ini.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau bersedia untuk kekal bertanding di DUN Seberang Takir  atau berpindah ke kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Malah katanya, beliau juga menerima keputusan parti sekiranya tidak dicalonkan lagi selepas ini.

“Kalau parti berkehendakkan saya mempertahankan (DUN) Seberang Takir, saya akan pertahankan aaupun nak dihantar di mana-mana (Parlimen Kuala Nerus) terpulang atau tidak bertanding sekalipun, saya akan akur sahaja,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya