8 warga Afrika ditahan berkaitan kes bunuh rakan senegara

8 warga Afrika ditahan berkaitan kes bunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan warga Afrika termasuk dua wanita ditahan dipercayai terlibat dengan kes bunuh rakan senegara dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak dekat sini.

Bilik Kawalan Daerah Wangsa Maju menerima maklumat daripada anggota Balai Polis Pudu memaklumkan tiga lelaki Afrika cedera dipercayai akibat pergaduhan dan berada di wad kecemasan sebuah hospital swasta pada 5.35 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang daripada mangsa iaitu lelaki berusia 32 tahun  meninggal dunia ketika diberi rawatan di hospital.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati, mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki senegara sehingga mengalami kecederaan parah iaitu kesan luka akibat tetakan di belakang leher.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Wangsa Maju menahan enam lelaki dan dua wanita berusia 26 tahun hingga 40 tahun di sekitar ibu negara.

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN