7,615 projek pembangunan dilaksana tahun depan

7,615 projek pembangunan dilaksana tahun depan

MUSTAPA Mohamed (tiga dari kanan) melawat rumah salah seorang peserta Program Pembasmian Miskin Tegar di Kampung Kubang Golok,Bachok, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Sebanyak 7,615 projek pembangunan dilaksanakan tahun depan merangkumi 1,724 projek baharu dan selebihnya adalah sambungan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan RM95 bilion adalah yang tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan RM19.4 bilion atau 25.7 peratus daripada RM75.6 bilion pada tahun 2022. 

Katanya, pelaksanaan projek pembangunan mengikut jadual itu amat penting bagi memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia menikmati taraf sosioekonomi yang lebih baik. 

“Pada 13 Oktober ini, saya dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali akan mempengerusikan Mesyuarat Pemudah Cara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara dengan kesemua kementerian.

“Mesyuarat ini dilaksanakan bagi memastikan semua kementerian bersedia dengan pelan pelaksanaan masing-masing dan semua isu dapat diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan para peserta Program Pembasmian Miskin Tegar di Kampung Kubang Golok,di sini hari ini.

Mustapa memberitahu, antara projek pembangunan baharu yang telah diluluskan dalam bajet 2023 ialah penambahbaikan kemudahan infrastruktur di luar bandar, Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B di Sabah dan  rancangan tebatan banjir di seluruh negara.

Katanya, bagi mengurangkan jurang pembangunan wilayah, kerajaan memperuntukkan 50.3 peratus perbelanjaan pembangunan (DE) asas kepada enam negeri yang kurang membangun bagi melaksanakan projek termasuk infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan. 

“Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan kepada Sabah dan RM5.4 bilion kepada Sarawak, iaitu lebih tinggi berbanding dengan peruntukan pada tahun 2022. Kerajaan sentiasa mengutamakan penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Jeli itu berkata,sejumlah RM1 bilion disediakan khusus bagi merancakkan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) bagi tahun 2023.

“Sasaran isi rumah miskin tegar yang akan manfaat daripada BMTKM juga akan meningkat daripada 10,000 pada tahun ini kepada lebih 50,000 pada 2023.

“Ini adalah sejajar dengan komitmen kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan Keluarga Malaysia pada akhir 2025 seperti yang telah ditetapkan dalam RMK-12,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.