570 kes maut akibat kemalangan elektrik sejak 2002 - Utusan Malaysia

570 kes maut akibat kemalangan elektrik sejak 2002

KELALAIAN menggunakan barangan elektrik dan mengabaikan aspek keselamatan boleh membawa kepada kebakaran dan kehilangan nyawa. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebanyak 570 kes maut membabitkan 1,140 kemalangan elektrik direkodkan berlaku di negara ini sejak 2002.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan (JPOK) Suruhanjaya Tenaga (ST), Mohd. Elmi Anas berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kes kemalangan berlaku pada tahun ini sehingga 22 Oktober lalu dengan 25 kes maut.

“Kami harap kes kemalangan elektrik ini dapat dikurangkan. Dari segi keselamatan elektrik, banyak kemalangan berlaku sebab barangan tidak ikut standard, ada yang guna peralatan yang tidak diluluskan.

“Ada kes juga yang membaiki alatan sendiri namun sebenarnya tidak mempunyai kemahiran dan ada juga yang menambah beban elektrik di rumah sehingga menyumbang kepada kemungkinan berlakunya kebakaran,” katanya ketika ditemui sempena Program Touchpoint di Pejabat Kawasan ST Negeri Sembilan dan Melaka (STNSM) di Kampung Kurnia Diraja di sini hari ini.

MOHD. Isam Mohd. Isa (kanan) dan Mohd. Elmi Anas (belakang, kanan) pada majlis perasmian Program Touchpoint Suruhanjaya Tenaga di Kampung Kurnia Diraja, Gemas, Tampin hari ini. – UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH

Majlis dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk. Mohd. Isam Mohd. Isa.

Mohd. Elmi berkata, sehingga kini STNSM sudah melaksanakan sebanyak 12 inisiatif tanggungjawab sosial korporat di dua buah negeri berkenaan dengan empat projek terbaharu di daerah Tampin.

Menurutnya, projek di Kampung Kurnia Diraja membabitkan pendawaian rumah baharu milik Emiroul Norbit, 30, dan juga pihaknya membantu mendapatkan bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Projek lain ialah membabitkan dua buah surau iaitu Surau An Nur, Blok 19, Felda Jelai 3 dan Surau Ar-Raudah Kampung Bacang di Kampung Sri Repah.

“Satu lagi membabitkan projek gelanggang futsal di Felda Bukit Jalor, Gemencheh.  Kerja-kerja pembaikan dijalankan pada 23 Ogos, di mana sistem pendawaian yang tidak selamat dibaiki.

“Peranti Arus Baki (PAB) dan Papan Agihan (DB) di rumah, gelanggan futsal dan surau yang didapati tidak menepati piawaian turut diganti dengan kelengkapan yang diluluskan oleh ST,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya