50 petugas media berkumpul di pekarangan pintu Istana Negara

50 petugas media berkumpul di pekarangan pintu Istana Negara

HUJAN rintik tidak mematahkan semangat petugas media yang hadir seawal pukul 9 pagi ini untuk membuat liputan perkembangan politik semasa di pekarangan pintu utama Istana Negara. - UTUSAN SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 50 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pekarangan pintu utama Istana Negara di sini bagi mengikuti perkembangan politik semasa negara.

Ia susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 4 petang ini.

Difahamkan, pertemuan petang ini bakal menjawab sama ada ia rutin biasa bagi menyembah maklum keputusan mesyuarat Kabinet dan Bajet 2023 atau memohon perkenan tarikh pembubaran Parlimen kepada Seri Paduka.

Setakat ini, kenderaan dipercayai membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 2.15 petang ini.

Pada 30 September lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat menetapkan pembubaran Parlimen hendaklah dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

Ura-ura Ismail Sabri untuk memuktamadkan keputusan pimpinan MT UMNO juga semakin kuat berlegar apabila satu Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan Perdana Menteri bersama sayap-sayap parti diadakan Selasa lalu.

Perjumpaan tersebut adalah isyarat jelas PRU15 boleh diadakan bila-bila masa kerana hal tersebut dipercayai bagi mendesak diadakan segera pilihan raya umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya