30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Sekurang-kurangnya 30 individu terdiri kru pengambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah, Gopeng di sini hari ini.

Difahamkan, hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan berkenaan.

“Kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang.

“Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN