18 individu ditahan terlibat kes culik warga Palestin

18 individu ditahan terlibat kes culik warga Palestin

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 18 individu terdiri daripada lelaki dan wanita warga tempatan serta warga Indonesia diberkas selepas terlibat dalam kes culik membabitkan seorang lelaki warga Palestin di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 28 September lalu.

Mangsa yang dipercayai ahli perniagaan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur keesokannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa yang berumur 31 tahun sedang berbual bersama seorang rakan yang juga warga Palestin di hadapan sebuah premis di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya didatangi beberapa individu menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire sebelum suspek bertindak menarik mangsa masuk sebelum melarikannya.

“Rakan mangsa yang berada di lokasi bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa dan kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sejurus selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Azmi, susulan kejadian satu pasukan diatur gerak bagi memburu individu yang terlibat serta menyelamatkan mangsa kejadian.

“Operasi dijalankan telah memberkas seramai 13 lelaki terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga tempatan di Kuala Langat sekaligus berjaya menyelamatkan mangsa.

“Hasil tangkapan itu, polis kemudian berjaya  memberkas tiga lelaki dan dua wanita di Ampang, Beranang dan Melaka beberapa hari selepas itu,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan berumur antara 21 hingga 42 tahun.

“Semakan dijalankan mendapati tujuh daripada 18 individu ditahan mempunyai rekod jenayah

“Selain itu, saringan air kencing dijalankan mendapati empat daripada 18 suspek positif dadah jenis syabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya