17 mangsa banjir Johor dipindah ke PPS semalam

17 mangsa banjir Johor dipindah ke PPS semalam

17 mangsa dipindahkan ke PPS di SK Bukit Mutiara, Johor Bahru akibat banjir kilat, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 17 mangsa banjir di daerah ini telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setelah kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat, semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa terdiri daripada tiga buah keluarga.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan itu dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, kira-kira pukul 11 malam.

“Banjir kilat itu berlaku disebabkan hujan lebat yang turun melebihi dua jam bermula pukul 7 malam semalam, menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.

“Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, APM, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelas kenyataan itu.

Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan di negeri ini dijangka akan berlaku hujan beserta ribut petir khususnya di kawasan Johor timur. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya