Yusof Al-Qaradawi: Jakim anjur solat jenazah ghaib

Yusof Al-Qaradawi: Jakim anjur solat jenazah ghaib lepas Isyak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di tiga buah masjid utama Jakim selepas solat Isyak malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, ia akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Beliau berkata, solat jenazah itu sebagai penghormatan terakhir buat Almarhum.

“Kami juga ingin menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum.

“Jakim menzahirkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Dr. Yusof Al-Qaradawi yang meninggal dunia pada usia 96 tahun di Doha, Qatar semalam.

“Almarhum yang juga Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) pernah dinobatkan  sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1431H/2009,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Hakimah berkata, pemergian Almarhum merupakan suatu kehilangan besar buat dunia atas jasa khususnya dalam dunia keilmuan, pemikiran dan dakwah sangat memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan umat di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya