Waris tajaan YBR terima pampasan lebih RM12,000

Waris tajaan YBR terima pampasan lebih RM12,000

KHAIRUL Na’im (dua dari kiri) dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin menyerahkan lebihan pampasan takaful PPBU kepada Siti Norzah di kediaman arwah di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini menyerahkan lebihan pampasan berjumlah RM2,564 kepada waris penerima tajaanya, Muhammad Najmi Abd Rahim yang meninggal dunia Mac 2020 lalu.

Allahyarham merupakan pelajar tahun dua Diploma Sains Komputer Universiti Teknologi Mara (UiTM), meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah semasa menerima rawatan sakit perut yang di alaminya.

Pampasan itu merupakan antara lebihan tuntutan takaful yang diterima bagi perlindungan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) berjumlah RM12,500 bagi sepanjang pengajian di peringkat diploma.

Pengurus Jabatan Penajaan YBR, Khairul Na’im Arifin berkata, Muhammad Najmi merupakan antara 6,408 pelajar yang berjaya menerima tajaan PPBU YBR.

“Pampasan itu merupakan insurans berkelompok penerima tajaan PPBU YBR yang disediakan bagi setiap pelajar,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, ibunya, Siti Norzah Mat Daris, 53, berkata, bantuan yang diterima sedikit sebanyak melegakan bebanan keluarga akibat kehilangan anak tersayang beberapa bulan yang lalu.

“Arwah sering mengadu sakit perut sebelum doktor mengesahkan arwah menghidap penyakit Ischaemic Bowel. Arwah merupakan harapan kami sekeluarga tetapi kami redha Allah lebih menyayanginya,” katanya yang juga seorang ibu tunggal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya