Wanita antara tiga ditahan miliki dadah lebih RM100,000

Wanita antara tiga ditahan miliki dadah lebih RM100,000

SHARIMAN Ashari (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas polis dalam beberapa serbuan di penempatan Bukit Malut, Langkawi. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Dua wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai memiliki dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM141,058 dalam beberapa serbuan di penempatan Bukit Malut, di sini lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya merampas heroin seberat 3.6 kilogram (kg) bernilai RM91,529 dan 418.26 gram (g) syabu bernilai RM49,529

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bukit Malut, pada pukul 11 malam dan pihak polis menahan seorang perempuan berusia 53 tahun di dalam rumah tersebut.

“Pemeriksaan menemukan sebuah beg pinggang berzip berwarna merah jambu di atas lantai ruang tamu rumah yang mengandungi 28 keratan tiub straw berisi bahan kristal dipercayai syabu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Susulan itu, polis membuat serbuan di Jalan Kolam Udang, Bukit Malut pada pukul 1 pagi dan menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan dalam keadaan mencurigakan.

Shariman berkata, pemeriksaan fizikal ke atas suspek kedua menemukan satu bekas plastik lutsinar yang berisi 13 keratan tiub straw berisi serbuk atau ketulan putih disyaki heroin dengan berat anggaran sebanyak 2.71g yang dipegang suspek.

Ujarnya, polis kemudian menahan seorang lagi perempuan berusia 42 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Malut pada pukul 2.30 pagi.

“Suspek ketiga membawa polis ke lokasi keempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Mengkuang dan menemukan lapan paket plastik lutsinar berisi dadah dipercayai jenis heroin dengan berat 3.6249kg yang disembunyikan di dalam sebuah tong cat,” ujarnya.

Tambah Shariman, turut ditemukan adalah lapan paket plastik berisi bahan kristal dipercayai syabu dengan berat 399.88g.

Kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan didapati positif methamphetamine menerusi ujian air kencing.

Jelasnya, suspek pertama dan kedua direman empat hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) serta Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya, manakala suspek ketiga direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.