UMNO terima senarai calon PRU15

UMNO terima senarai calon PRU15

AHMAD Maslan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan PPK Ayer Baloi di Kampung Parit Baru, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Ibu pejabat UMNO mula menerima senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, senarai yang diterima melibatkan calon-calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walau bagaimanapun, katanya, bagi negeri Melaka dan Johor yang telah selesai mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing, Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut hanya menghantar senarai calon bagi kerusi Parlimen.

Semua senarai yang diterima akan diperhalusi lagi bagi memastikan calon-calon yang dikemukakan adalah terbaik dan boleh memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“UMNO yakin sebagaimana ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda BN semalam, PRU15 akan diadakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Bagi mengelakkan diadakan pada ketika musim banjir, PRU15 dijangka diadakan pada bulan November ini,” katanya selepas merasmikan sukan Petubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ayer Baloi di Kampung Parit Baru, di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri  membayangkan PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat dan akan dibincangkan dengan Presiden dan ‘pemimpin Top 5’ UMNO.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, sesi libat urus melibatkan Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri serta BN juga telah selesai dengan terakhir di Sabah pada minggu lalu.

“Dengan gambaran yang diberikan oleh PM itu, PRU15 semakin hampir dan kini yang perlu dilakukan  ialah mengemas kini jentera pilihan raya parti supaya mudah untuk digerakkan apabila Parlimen dibubarkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya