UMNO Selangor sedia terima MN dengan restu pimpinan

UMNO Selangor sedia terima MN dengan restu pimpinan

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: UMNO Selangor sentiasa bersedia menerima kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) sekiranya mendapat restu pucuk pimpinan parti itu.

Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu di peringkat negeri masih lagi baik setakat ini.

Katanya, kerjasama UMNO dengan pemimpin Pas seperti di Tanjong Karang masih kukuh dengan saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.

“Soal sama ada wujud MN mahupun hanya bergerak solo di Selangor, bagi saya semuanya okay. Namun, jika benar ura-ura gabungan itu akan dihidupkan semula, saya pastinya mengharapkan hasil yang positif,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini, petang tadi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertemuan Presi­den UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presi­den Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menguatkan cakap-ca­kap MN dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau bagaimanapun berpegang kepada prinsip akur dengan segala keputusan pimpinan tertinggi UMNO.

“Sebagai orang parti, kita hanya menunggu arahan daripada pucuk pimpinan mengenai kerjasama MN itu. Kita hanya pelaksana dan bersedia akur dengan segala keputusan kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya