UMNO pecat Zaharin selepas lantang kritik kepimpinan - Utusan Malaysia

UMNO pecat Zaharin selepas lantang kritik kepimpinan

AHMAD Maslan menunjukkan kenyataan akhbar beberapa ketetapan yang dicapai selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini bersetuju memecat blogger dan aktivis, Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu diambil mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Mesyuarat MT menerima perletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah beliau berikan.

“Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini.

Zaharin sebelum ini lantang mengkritik beberapa pimpinan parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui media sosialnya.

Mei lalu, Zaharin menghentam Ahmad Zahid susulan kononya wang yang diterima dari Singapura bagi tujuan kepentingan UMNO.

Menurut Zaharin, UMNO tidak pernah menerima wang daripada individu pemegang jawatan dalam UMNO sebaliknya bantuan kewangan disalurkan ke pengurusan UMNO bahagian melalui ibu pejabat parti itu.

Terdahulu, MT UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.