UMNO, Pas perlu lakukan 'gencatan senjata' - Utusan Malaysia

UMNO, Pas perlu lakukan ‘gencatan senjata’

MUAFAKAT Nasional (MN) formula terbaik untuk parti Melayu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas pemimpin Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berharap semua pihak dalam UMNO dan Pas melakukan ‘gencatan senjata’ untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam, orang Melayu seterusnya rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sempena sambutan ulang tahun ketiga Muafakat Nasional hari ini, usaha mengukuhkan muafakat antara dua parti Melayu Islam terbesar Malaysia itu perlu disegerakan.

“Bicara muafakat antara dua parti ini perlu seiring dengan tindakan. Kalau tidak mampu bersama, setidak-tidaknya, boleh silaturahim dan berukhuwah sebagai saudara Muslim dan ahli politik Muslim,” tulisnya dalam akaun Facebook rasminya.

Meskipun UMNO telah memuktamadkan untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), usaha rundingan dipercayai masih berjalan antara pemimpin Pas dan UMNO terutama di 27 kerusi kritikal.

Mohd. Khairuddin turut mengajak ahli Pas dan UMNO untuk mengibarkan bendera Muafakat Nasional sempena ulang tahun ketiga hari ini.

“Kepada yang cintakan Muafakat Nasional ini, marilah kita kongsikan gambar serta logo nostalgia MN. Usah malu berkempen untuk muafakat umat,” katanya.

Pada Mac lalu, Mohd. Khairuddin mengumumkan beliau membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN