UMNO hanya letak calon diterima parti, walaupun pernah kalah

UMNO hanya letak calon diterima parti, pengundi walaupun pernah kalah

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: UMNO hanya akan meletakkan calon yang boleh diterima ‘akar umbi’ serta penduduk setempat atau pengundi di kawasan yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dalam hal ini, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya calon tersebut pernah kalah dalam pilihan raya umum terdahulu.

“Tak apalah. Itu (pilihan raya umum sebelum ini) masa dia kalah. Masa dia menang pula?(jika menang PRU-15 nanti).

“Sebenarnya, pandangan cawangan UMNO pun kita ambil kira. Tapi kita buat penilaian (sebelum memilih calon) berdasarkan kriteria sama ada orang boleh terima dia atau tidak. Bukan setakat parti boleh terima, tapi nak tengok ‘public’ (orang awam) tu boleh terima dia juga atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau mengulas saranan Timbalan Ketua Cawangan UMNO Seberang Perak, Datuk Dr. Guntur Tobeng sebelum ini yang mahu UMNO tidak mencalonkan semula calon yang tewas pada PRU sebelum ini kerana calon itu jelas sudah ‘ditolak’ oleh rakyat.

Kata Guntur, jika itu berlaku dibimbangi menjejaskan kredibiliti parti yang seolah-olah dilihat tidak mempunyai barisan pelapis sehingga tetap mengetengahkan individu yang sudah tidak diterima oleh pengundi. 

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, pilihan raya umum berbeza daripada sistem Pilihan Raya Presiden seperti di sesetengah negara lain yang bergantung kepada undi popular untuk menang.

“Kita buat pilihan raya untuk pilih ahli Parlimen atau ADUN (Dewan Undangan Negeri). Maknanya di situ, (pilih) di situ sahaja atau setempat.

“Jadi, kalau kat situ kita buat tinjauan ada orang terima calon itu, maka kita akan ambil orang itu (untuk diketengahkan sebagai calon parti),” ujar beliau. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN