Tuntutan palsu: Lima individu ditahan SPRM

Tuntutan palsu: Lima individu ditahan SPRM

LIMA individu ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Majistret Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai lima individu ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bagi program latihan berkaitan teknologi digital.

Menurut sumber, kelima-lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 37 hingga 50 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kesalahan mengemukakan tuntutan palsu bagi program latihan berkaitan teknologi digital kepada sebuah agensi kerajaan sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.

Sumber berkata, kes ini dipercayai melibatkan dua syarikat yang telah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah RM19,599,682 dan RM7,581,878 bagi menjalankan program latihan dari tahun 2016 hingga 2020.

Terdahulu, perintah reman bermula hari ini sehingga 23 September dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Dato’ Tan Kang Sai mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN