Tun Mahathir cemerlang kerana UMNO - Pemuda

Tun Mahathir cemerlang kerana UMNO – Pemuda

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemuda UMNO menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi berkemampuan sebagai Perdana Menteri terutama selepas meninggalkan UMNO, parti yang membantu kecemerlangan beliau ketika menyandang jawatan itu selama 22 tahun dahulu.

Malah, menurut Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri, ramai pemimpin termasuk pelapis dalam kalangan parti itu hari ini yang layak diketengahkan sebagai Perdana Menteri.

“Saya rasa sampai masa untuk kita bagi ruang dan peluang kepada pemimpin baru. Kita menghormati Tun Mahathir yang cukup berjaya 22 tahun ketika zaman kegemilangannya, namun itu berdasarkan kekuatan UMNO yang menyokong beliau ketika itu.

“Tetapi apabila beliau tidak mendapat sokongan baik daripada parti ini ketika zaman Pakatan Harapan (PH), beliau hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja berbanding 22 tahun. Kita UMNO mempunyai banyak pemimpin hebat,” katanya dalam satu program Bual Bicara secara langsung di media sosial semalam.

Dr. Mahathir baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya tiada calon lain yang sesuai serta jika wujud desakan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, kata Syed Mohd. Johan Rizal, pemimpin UMNO yang layak diketengahkan ialah seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“UMNO mempunyai banyak pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai Perdana Menteri yang boleh diberi peluang dan ruang.

“Asas Barisan Nasional (BN) lebih 60 tahun memerintah negara diletakkan pada dasar kepentingan rakyat. Igauan mimpi buruk selama 22 bulan itu saya rasa cukuplah sekali untuk kita harungi sekali lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya