Tukar tohmahan kepada doa untuk Azie

Tukar tohmahan kepada doa untuk Azie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Keluarga Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau Azie merayu golongan warganet untuk menukar tohmahan yang dilemparkan itu kepada doa supaya ejen kosmetik itu kembali ditemukan dalam keadaan selamat.

Kakak kepada Azie berkata, kiriman doa itu bukan sahaja baik untuk mampu memberikan motivasi kepada keluarga untuk terus berdepan dengan ujian yang diberikan kepada mereka ketika ini.

“Satu Malaysia bercakap tentang Azie, ada yang buat fitnah, sebar maklumat palsu tentang adik saya.

“Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini ramai yang menunjukkan simpati kepada keluarganya. Ada yang datang dari Gua Musang, Tanah Merah bertanya khabar tentang Azie dan ingin tahu kisah sebenarnya,” katanya.

Kakak kepada Azie itu memberitahu, seluruh ahli keluarga hanya mampu menzahirkan ucapan terima kasih dengan masyarakat yang tampil bertanya khabar.

Katanya, ada dalam kalangan mereka tampil menghulurkan sumbangan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perselisihan faham antara suami mangsa dengan ahli sindiket dadah yang turut disertainya dipercayai menjadi punca wanita itu diculik.

Menurutnya, keadaan itu dipercayai menjadi punca utama kepada penculikan Azi yang kini dipercayai berada di Thailand. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.