Tommy Thomas prejudis, fobia orang Melayu - Ahmad Zahid

Tommy Thomas prejudis, fobia orang Melayu – Ahmad Zahid

tommy thomas
TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Tommy Thomas dengan menyifatkan bekas Peguam Negara itu sebagai prejudis dan ‘Malaymophobia’ atau fobia kepada orang Melayu.

Tegasnya, orang Melayu tidak boleh disalahkan semata-mata kerana kerajaan diwakili oleh pelbagai bangsa.

“Beliau memuji kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula sedangkan kerajaan 22 bulan dahulu ditadbir juga oleh orang Melayu. Malah ramai mereka kini berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Mereka ini bukan sahaja Melayu, terdapat juga etnik India, Cina dan Dayak. Maknanya Tommy Thomas terlalu obses, prejudis hingga melabel-label etnik Melayu tanpa melihat perspektif yang menyeluruh dan luas,” katanya dalam kenyataan.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Katanya, mana-mana parti politik tidak boleh mengabaikan etnik yang membentuk majoriti dalam apa-apa keputusan politik dan pembentukan kerajaan.

“Dari segi agihan jawatan Kabinet ia perlu mencermin dan berdasarkan jumlah populasi negara dan ini berlaku sejak dahulu hingga kini serta diterima secara menyeluruh dan menjadi amalan demokrasi tanpa mengabaikan etnik minoriti,” katanya.

Tambahnya, Tommy sendiri dilantik sebagai Peguam Negara oleh Yang Dipertuan Agong disebabkan Malaysia sebuah negara harmoni dari segi perpaduan walaupun beliau dikecam kerana tidak fasih bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara.

“Namun sikap Tommy Thomas bukanlah baharu. Dalam bukunya beliau pernah mendakwa parti Melayu sentrik selepas PH membawa bencana.

“Beliau tidak wajar menuduh secara pukal dan ini mencerminkan sikap prejudis beliau seolah-olah adanya sikap Malaymophobia.

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menolak sikap rasis yang boleh mengugat keharmonian kaum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN