TLDM laksanakan CSR dasar laut, pantai

TLDM laksanakan CSR dasar laut, pantai

MOHD. RAZIB Tahir (kanan) menyerahkan bendera kepada wakil pegawai yang terlibat dalam program Borneo Ultra Ocean Clean-Up 2022 sebagai simbolik perasmian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di sebalik tugas menjaga kedaulatan dan perairan negara, Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) baru-baru ini.

Penganjuran program kerjasama awam-tentera bersama Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (IPMB UMS) dilaksanakan di Teluk Likas, Taman Tunku Abdul Rahman serta Pulau Sepanggar, Sabah.

Program CSR itu memberi fokus dengan kerja pembersihan pantai dan pembersihan dasar laut kawasan terbabit.

Program yang dinamakan Borneo Ultra Ocean Clean-Up 2022 itu disempurnakan Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Mohd. Razib Tahir di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu pada 27 Ogos lalu.

Sebanyak 146 penyelam terlibat bagi kerja-kerja pembersihan dasar laut manakala seramai 422 terlibat bagi kerja pembersihan pantai.

Program seumpama ini dilaksanakan bagi memastikan kebersihan persekitaran kawasan tumpuan awam di sekitar Kota Kinabalu dalam menggalakkan sektor pelancongan Negeri Sabah.

PENYELAM yang terlibat bergambar bersama plak di dasar laut dalam program CSR di Taman Tunku Abdul Rahman dan Pulau Sepanggar.

Selain itu, program yang dilaksanakan bersempena dengan sambutan Oceans Celebration ini secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga pantai serta laut.

Program ini juga turut mendapat sokongan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia ) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan; Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sabah); Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu; Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (Zon 1 Kota Kinabalu), Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya