Tidak sesuai PRU diadakan musim banjir - Samsuri - Utusan Malaysia

Tidak sesuai PRU diadakan musim banjir – Samsuri

DR. Ahmad Samsuri Mokhtar melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada musim banjir kerana rakyat berada dalam keadaan tidak selesa ketika itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan tidak sepatutnya memaksa rakyat mengundi ketika mereka kesusahan menghadapi banjir.

Menurutnya, pada waktu itu, kerajaan perlu memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat berhadapan banjir.

“Yang pentingnya kita tengok rakyat selesa atau tidak. Kalau rakyat kurang selesa akibat banjir, kenapa kita nak paksakan sesuatu yang rakyat rasa tidak selesa.

“Pada masa itu, kerajaan perlu memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat tapak kebakaran di Kampung Cina di sini, hari ini.

Dr. Ahmad Samsuri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, parti itu sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.

Pada masa sama, Menteri Besar Terengganu itu berkata, Pas konsisten dengan pendirian parti sebelum ini supaya PRU15 diadakan selepas habis penggal pada Jun tahun depan.

Katanya, pendirian parti berhubung perkara itu kekal sehingga terdapat sebarang keputusan terbaharu oleh pucuk pimpinan.

“Setakat ini, Pas tetap mahu PRU15 selepas habis penggal dan tidak ada perubahan lagi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya