Tiada laporan polis kes jumpa mayat bayi tanpa organ

Tiada laporan polis kes jumpa mayat bayi tanpa organ

GAMBAR mayat bayi tanpa organ yang tular sejak semalam, didakwa ditemukan di sekitar kawasan Batu 6 di Kuantan, Pahang. - MEDIA SOSIAL FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis mengesahkan tiada laporan kes membabitkan penemuan mayat di daerah ini sepertimana penularan gambar mayat bayi tanpa organ dalam laman sosial sejak semalam.

Gambar tular itu memaparkan seorang bayi tanpa organ berhampiran pokok kelapa sawit dan rakaman audio oleh seorang lelaki mendakwa lokasi penemuan di kawasan sekitar Batu 6, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, gambar itu adalah gambar lama yang pernah ditularkan sekitar 2011.

“Tidak ada sebarang laporan penemuan mayat bayi diterima dan saya sahkan tidak ada kes sedemikian berlaku di daerah ini. Orang ramai dinasihatkan jangan mudah percaya kepada bahan sebaran yang tidak sahih tersiar dalam media sosial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, tindakan undang-undang di bawah Akta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan kepada individu yang menyebarkan berita palsu.

“Orang ramai diharap tidak menyebarkan maklumat palsu kerana tindakan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah, boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya