Tiada kompromi madrasah dera ala miltan - Idris

Tiada kompromi madrasah dera ala militan – Idris

IDRIS Ahmad menerima cenderahati daripada pihak sekolah pada majlis perasmian naik taraf Surau Al Faizin dan Tazkirah Maulidur Rasul di SMK Tengku Menteri Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap madrasah yang melakukan penderaan ala militan terhadap penghuninya seperti yang didakwa berlaku terhadap seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Selangor baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya kejadian itu melibatkan pelanggaran undang-undang .

“Ini bagi memberi pengajaran kepada orang lain kerana merosakkan imej agama Islam.

“Kita harap orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa agama negeri sekiranya mempunyai maklumat untuk diambil tindakan jika berlaku kes-kes sedemikan,” katanya kepada  pemberita selepas merasmikan naik taraf Surau Al Faizin dan Tazkirah Maulidur Rasul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri di Changkat Jering, di sini hari ini.

Idris mengulas dakwaan seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Shah Alam dikatakan didera sepanjang empat bulan berada di pusat itu.

Bekas penghuni pusat didikan agama itu mendakwa dia dan beberapa penghuni lain berusia lingkungan 19 hingga 30-an dikurung di dalam bilik gelap, didera secara fizikal dan mental serta mengalami gangguan seksual sepanjang menerima rawatan di madrasah berkenaan.

Menurut Idris, kes melibatkan madrasah di Selangor itu sedang dalam perhatian polis.

Katanya, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan lanjut.

“Imej sekolah agama perlu dilakukan selari dengan ajaran agama. Kita tidak mahu satu kes yang berlaku menjejaskan nama baik institusi madrasah, sedang institusi ini banyak menyumbang pembangunan insan yang baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN