Tambah baik skim perlindungan Perkeso dalam kajian

Tambah baik skim perlindungan Perkeso dalam kajian

M. SARAVANAN (tiga dari kanan) merasmikan Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di SACC, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ ZULFADHLI ZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan sedang mengkaji untuk menambah baik skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja sektor swasta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penambahbaikan itu penting kerana ramai pekerja sektor itu yang sudah pencen tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk membiayai rawatan satu-satu penyakit kronik jika menghidapnya.

“Saya sangat risau kerana sebaik sahaja tidak bekerja, mereka sudah tidak mendapat perlindungan daripada Perkeso (sekiranya tidak membuat caruman sendiri). Apabila penambahbaikan skim perlindungan ini terlaksana, pekerja swasta yang pencen ini dapat memperoleh manfaat yang ada dalam polisi skim itu walaupun mereka sudah tidak bekerja dengan majikan mereka,” katanya setelah menghadiri Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saravanan tidak menolak kemungkinan bahawa syarikat swasta akan diminta menambah caruman pekerja mereka di dalam Perkeso sekiranya penambahbaikan skim perlindungan itu dilaksanakan.

Namun menurutnya, banyak kajian yang perlu dilakukan kementeriannya serta Perkeso berhubung perkara ini.

“Kalau penambahbaikan itu tak dibuat secepat mungkin, saya bimbang ramai pekerja swasta yang pencen tidak mampu membiayai kos rawatan penyakit mereka. Apa yang kerajaan lakukan ketika ini adalah untuk kebaikan semua pihak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya