Tajuddin gembira Ahmad Zahid bebas tuduhan rasuah

Tajuddin gembira Ahmad Zahid bebas tuduhan rasuah

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gembira dengan keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah oleh mahkamah hari ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak turut bersyukur atas keputusan mahkamah yang membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan rasuah  kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN). 

Menurut Tajuddin, keputusan berkenaan  membuka ruang yang lebih luas kepada Presiden UMNO itu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada ahli dan parti. 

“Tiada rasa dengki pun, gila punya kerja kalau berperasaan begitu kerana sebagai orang Islam dan ahli parti, walaupun saya ahli parti biasa, kita tetap bersyukur dan gembira untuknya. 

“Sudah tentu dengan keputusan itu, beliau akan melakukan terbaik selepas ini sebagai pemimpin dan ketua parti,” katanya dalam sesi ramah mesra bersama media Perak di sini hari ini.

Ketika diitanya sama ada keputusan mahkamah  itu dapat memulihkan imej UMNO dan memperoleh semula  kepercayaan rakyat, Tajuddin berkata, ia terpulang kepada penilaian pengundi.

Beliau berkata, selama ini kerajaan pimpinan UMNO dan BN telah membuktikan rekod perkhidmatan yang baik dalam membangunkan negara sama ada dalam aspek ekonomi dan perjuangan orang Melayu berbanding parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH). 

“Dalam menghadapi PRU ini akan ada dibangkitkan apa juga berkenaan parti itu dengan parti-parti lain. Orang boleh hentam apa sahaja, jadi biarkan rakyat yang menilai. 

“Pada saya tidak perlu bimbang kerana kita akan menghadap rakyat dan buka kita punya pencapaian apa yang telah kerajaan UMNO dan BN lakukan untuk kesejahteraan negara,” katanya.

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali OSC di China dan sistem VLN. 

Kelmarin Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.