Suasana di SK Panggas gamat umpama medan perang

Suasana di SK Panggas gamat umpama medan perang

MURID-MURID berbangsa Siam dan Melayu yang menyertai pertandingan Busana Merdeka kelihatan ceria dan teruja sewaktu sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas, Padang Besar, Perlis, hari ini. - FOTO/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Suasana di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas di sini gamat dengan tembakan beberapa das meriam umpama seperti berada di medan perang.

Situasi tersebut antara simbolik menarik ditampilkan oleh murid serta guru sekolah berkenaan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah itu hari ini.

Dalam majlis itu, ketibaan tetamu jemputan telah diiringi dengan tembakan meriam sebelum mereka melangkah masuk ke ruang dewan untuk acara seterusnya.

Terdapat beberapa pengisian menarik lain ditampilkan seperti persembahan tarian oleh murid keturunan Siam, teater Mat Kilau, pertandingan busana Merdeka, basikal berhias dan pelbagai lagi.

Guru Besar SK Panggas, Salmiah Md Ali berkata, aktiviti tersebut telah dirancang dengan pelbagai pengisian menarik bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid sekolah berkenaan.

“Sekolah ini mempunyai seramai 116 orang murid di mana 40 daripadanya adalah berketurunan Siam dan disebabkan itu, kita cuba selitkan pengisian menarik yang dapat memupuk semangat perpaduan antara mereka,” katanya di sini hari ini

Hadir sama, Pengarah Muzium Kota Kayang, Siti Munirah Kasim.

Dalam pada itu, Salmiah berkata, program sambutan berkenaan amat bertepatan dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid di peringkat akar umbi.

Katanya, murid-murid terlibat juga kelihatan teruja dengan pengisian program-program yang dianjurkan sepanjang majlis sambutan itu.

“Ibu bapa juga kelihatan memberi sokongan padu dengan turut sama hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini,” katanya.

Tambah Salmiah, program sambutan berkenaan akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan melibatkan lebih banyak pengisian dan aktiviti menarik buat murid-murid sekolah.

“Program ini merupakan sambutan tahunan dan kita akan cuba pastikan murid-murid ini disemai dengan semangat patriotik dan cintakan tanah air,” katanya. – UTUSAN

BEBERAPA das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbolik bagi Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas, Padang Besar, Perlis, hari ini. – FOTO/ASYRAF MUHAMMAD

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya