Suami isteri warga asing ditahan ugut bunuh, cabul kanak-kanak

Suami isteri warga asing ditahan ugut bunuh, cabul kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita warga Indonesia melakukan ugutan bunuh semata-mata mahu melindungi suaminya yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian di Taman Putra Ampang, dekat sini mengundang padah apabila dia turut ditahan. 

Kedua-dua suspek yang ditahan adalah seorang lelaki warga Myanmar berumur 35 tahun yang bekerja sebagai buruh dan seorang wanita Indonesia berumur 54 tahun bekerja sebagai pembantu kedai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan itu dibuat selepas satu laporan dibuat oleh bapa mangsa mengenai tindakan seorang lelaki warga Myanmar didakwa cuba meraba buah dada anaknya yang berumur 12 tahun beberapa kali dan diintai ketika mandi.

Kata beliau, mangsa juga dikatakan menerima ugutan oleh isteri suspek untuk membunuhnya kerana mendakwa mengganggu lelaki berkenaan. 

“Suspek lelaki didakwa mengganggu mangsa secara fizikal dan mental lebih kurang sebulan yang lepas.

“Lokasi kejadian adalah bilik yang disewa di rumah kedai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, hasil siasatan dijalankan turut mendapati bilik mandi yang ada digunakan oleh semua penyewa.

“Kedua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN