Stadium Shah Alam: Tarikh pendengaran umum belum muktamad

Stadium Shah Alam: Tarikh pendengaran umum belum muktamad

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri belum memuktamadkan tarikh untuk pendengaran umum bagi mendapatkan pandangan awam mengenai isu perobohan atau membaik pulih Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) termasuk stadiumnya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendengaran tersebut dijadual berlangsung bulan ini, namun tarikh tersebut masih dibincangkan oleh jawatan kuasa berkaitan.

“Pendengaran umum berhubung Stadium Shah Alam dibuat bulan ini, sabar. Tarikh mereka sedang muktamadkan sebab baru-baru ini ada bentangkan isu teknikal yang kita perlu (uruskan),” katanya ketika ditemui pemberita.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan Stadium Shah Alam bakal dirobohkan selepas kerja-kerja baik pulih keseluruhan kompleksnya mencecah RM787 juta.

Bagaimanapun, beliau belum mengesahkan status stadium tersebut dan hanya memaklumkan perkembangannya pada Oktober ketika penyerahan Surat Niat (LOI) kepada Naib Presiden Eksekutif, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Dell Akhbar Khan, pada 15 Julai lalu.

Pada majlis penyerahan itu, Amirudin memaklumkan projek KSSA yang disebutkan sebagai pembangunan semula itu dijalankan secara kerjasama awam swasta (PPP) dengan MRCB.

Polemik perobohan stadium berkapasiti 80,300 penonton itu meraih perhatian bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd. Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, beberapa ahli politik, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan bekas pemain bola sepak Selangor. 

Amirudin juga sebelum ini menjelaskan, rancangan bagi membaik pulih Stadium Shah Alam dirancang seawal  2013. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya