Sindiket seleweng diesel bersubsidi guna pejabat mewah

Sindiket seleweng diesel bersubsidi berselindung di sebalik pejabat mewah terbongkar

MOHD. Zuhairi menunjukkan diesel bersubsidi dalam sebuah lori yang dirampas dekat Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tetap terbongkar, cubaan sebuah sindiket menggunakan pejabat mewah di kawasan perindustrian Bukit Raja, di sini menjual diesel bersubsidi secara haram.

Sindiket terbabit dipercayai membeli diesel subsidi di beberapa stesen minyak di sekitar daerah ini sebelum menjualnya kepada pihak industri dengan harga yang lebih murah membolehkan mereka mengaut keuntungan ‘atas angin’.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, kegiatan mereka berjaya dikesan selepas melakukan risikan selama tiga minggu sebelum membuat serbuan terhadap premis tersebut, malam tadi.

“Semasa serbuan dijalankan pukul 10 malam itu, terdapat 10 suspek yang dipercayai pekerja sindiket itu sedang menjalankan kerja-kerja memindahkan diesel daripada lori ke tangki.

“Oleh itu, kami telah menahan kesemua suspek, iaitu empat warga tempatan serta enam warga Myanmar yang berumur 17 tahun hingga 30-an tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, dalam serbuan tersebut,  tiga buah lori, enam unit kontena (Intermediate Bulk Containers), dua tong tangki (skid tank) yang berisi diesel yang dianggarkan berjumlah 19,400 liter dan empat unit pam penyedut minyak disita.

“Kesemua bahan rampasan ini dianggarkan bernilai RM97,200,” katanya.

Bagaimanapun, tegas Mohd. Zuhairi lagi, pasukannya sedang mengesan pemilik pejabat berkenaan. Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.