Siasatan rasuah Penjana Kerjaya dijangka selesai sebulan lagi

Siasatan rasuah Penjana Kerjaya dijangka selesai sebulan lagi

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan dapat menyelesaikan siasatan berhubung kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) melibatkan nilai RM100 juta dalam tempoh sebulan lagi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes itu mengambil sedikit masa kerana melibatkan suspek yang ramai serta banyak pihak lain.

Setakat ini ujar beliau, pihaknya telah membuka sebanyak 62 kertas siasatan bersabit kes itu dan menahan 38 lelaki dan 13 wanita bagi membantu siasatan.

“Kes ini tiada kaitan dengan politik, ia seperti rompakan di siang hari (daylight robbery) yang mana sekumpulan individu melihat ada peluang (untuk ambil keuntungan) daripada kemurahan hati kerajaan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di sini hari ini.

SPRM sebelum ini memaklumkan tentang pelaksanaan operasi besar-besaran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Penjana Kerjaya di beberapa negeri seluruh negara.

Operasi berkenaan adalah susulan maklumat diperolehi susulan pemantauan dan risikan oleh SPRM dengan kerjasama Perkeso yang mendapati ada majikan-majikan yang mengemukakan tuntutan palsu serta menyeleweng dana program tersebut.

Program Penjana Kerjaya merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja semasa mendepani cabaran Covid-19 bermula awal tahun 2020 yang dilaksanakan oleh Perkeso melalui pewujudan pekerjaan baharu, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya