Sheikh Yusuf al-Qaradawi: Perlis laksana solat jenazah ghaib 

Sheikh Yusuf al-Qaradawi: Perlis laksana solat jenazah ghaib 

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh masjid di negeri ini akan melaksanakan solat jenazah ghaib atas pemergian ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi esok.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelaksanaan solat jenazah itu diselaraskan sejurus selepas solat Zohor dengan turut mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Baginda turut dijadualkan berangkat melaksanakan solat Zohor dan solat jenazah ghaib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail seperti waktu yang telah ditetapkan.

“Sehubungan itu, adalah digalakkan kepada seluruh umat Islam dalam negeri Perlis untuk menyertai solat berkenaan seperti mana yang telah diperkenankan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan mengenai pemergian ulama besar dunia itu yang menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar, semalam.

Tokoh Pemikir Islam itu hidup dalam buangan dari Mesir sebelum Revolusi 2011 yang menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak.

Semasa hidupnya, Sheikh Yusuf yang juga merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah bahawa pemergian Sheikh Yusuf merupakan satu kehilangan besar buat dunia Islam.

“Dan didoakan jua Rahimahullah ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan para solihin,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya