PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan tiada lagi aktiviti perlombongan di Tasik Chini dan kawasan-kawasan lain yang sensitif kerana ia akan merosakkan alam sekitar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Kehormat, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mageswari Sangaralingam berkata, apa juga bentuk perlombongan – meskipun ‘digula-gulakan’ sebagai mampan dan lestari – hanya akan membawa kemusnahan kepada alam sekitar terutama di kawasan-kawasan yang sensitif seperti di Tasik Chini. “Perkara utama yang perlu difahami, tak…










